![]() |
| credit to google |
IQRAM ZAFRIL tersengih panjang. Sesekali matanya melirik pada Jihan Raysha yang masih rancak berborak dengan mama dan kakaknya, Natasha. Dia tersenyum pula. Hakimi mencuit perlahan bahu Najmi. Sejak tadi dia memerhatikan tingkah laku Iqram Zafril. Tak ubah seperti orang angau. Rasa macam nak lempang muka Iqram Zafril supaya lelaki itu kembali pada dunia yang nyata.
“Kau kenapa?” suara Iqram Zafril kedengaran.
Hakimi angkat bahu.
“Kau kenapa? Pandang aku macam nak makan. Kau lapar ke?” soal Iqram Zafril lagi.
“Kau pandang orang macam nak telan. Kau dah kemaruk sangat ke?” Najmi menyampuk.
Iqram Zafril terpana. Hakimi ketawa.
“Kau merepek apa ni,” merah padam muka Iqram Zafril.
“Kau jangan pandang adik aku macam tu. Panas aku tengok,” sambung Hakimi pula.
“Bila masa pulak aku pandang Isha macam nak telan ni?”
“Sejak Isha melangkah masuk dalam rumah kau ni. Masa kau turun tangga tadi, bila tengok Isha datang. Aku rasa kau nak terus terjun je dari tangga tu. Berjalan macam tak cukup tanah,” cepat Hakimi menjawab.
Iqram Zafril tersengih. Dia tidak mampu menjawab kerana kata- kata Hakimi itu memang ada benarnya. Dia terkejut dengan kehadiran Jihan Raysha yang datang melawatnya. Berbunga rasa hati.
“Siapa beritahu Isha aku demam?”
“Entahla,” malas Hakimi hendak memanjang cerita. Dia melepas pandang pada Jihan Raysha yang duduk jauh dari mereka. Rancak sungguh perbualan Jihan Raysha dengan mama dan kakak Iqram Zafril. Merah padam juga muka Jihan Raysha bila ketawa.
“Macam mana dengan rancangan kau?”
“Rancangan apa?” pelik dengan soalan Hakimi. Najmi juga memandang abangnya dengan penuh tanda tanya. Dia takut dia ketinggalan lagi. Dulu dia sudah tidak dapat mengikut Iqram Zafril ke Kedah.
“Kau nak adik aku kan? Macam mana?”
Iqram Zafril garu kepala yang tak gatal.
“Adik aku? Adik kita? Kau nak adik aku?” terkejut Najmi.
Iqram Zafril tarik sengih.
“Kau nak Isha?” kuat suara Najmi.
“Kau ni Jimi! Senyap sikit boleh tak?” melenting Iqram Zafril. Risau Jihan Raysha terdengar suara Najmi.
“Dah! Kau tak jawab soalan aku.”
“Nantilah aku fikirkan. Lagipun lambat lagi kan dia nak balik London.”
“Setahu aku… tak lama lagi kontrak dia tamat.”
Iqram Zafril terkedu.
“Kau biar betul?”
Hakimi mengangguk laju. Dia cuba menyembunyikan senyuman.
“Jadi apa aku perlu buat?” gelabah Iqram Zafril.
“Kau suka adik aku?” pening Najmi. Soalannya tadi masih tiada jawapan.
“Dia bukan suka je. Cinta!”
“Hah?” besar mata Najmi.
“Kau?”
“Nantilah Kimi cerita kat kau. Cepatlah…. ajarlah aku,” separuh merayu Iqram Zafril berkata.
“Wei…. kau nih. Pertama kali ke?”
“Cepatlah! Aku serius ni. Aku tak tahu macam mana nak buat Isha suka kat aku.”
“La… kau bertepuk sebelah tangan ke,” terus Najmi menggeleng kepala.
Hakimi ketawa.
“Cepatlah.”
“Betul ke kau nak suruh aku tolong?”
Laju Iqram Zafril mengangguk. Dia sudah kebuntuan idea. Dia tidak tahu bagaimana hendak meneruskan niatnya untuk memiliki Jihan Raysha. Perlu hantar rombongan meminang ke?
“Tapi, kau kena janji dengan aku.”
“Apa dia?”
“Kau tak akan bantah dengan apa yang aku cadangkan pada kau. Setuju?”
Iqram Zafril garu kepala yang gatal. Dia takut pula hendak bersetuju.
“Kau jangan risau. Walaupun aku masih blur, tapi aku yakin… rancangan Kimi untuk ajar kau cara mengorat, mesti berjaya. Kau boleh tengok cara dia tackle perempuan kan,” selamba Najmi menyampuk.
“Macam mana tu?”
“Kau tunggu dulu. Biar aku fikirkan caranya. Apa yang aku nak pastikan sekarang, kau setuju sahaja dengan syarat aku ni.”
Lambat Iqram Zafril mengangguk.
“Nak kontrak ke?”
“Perli ke?” terus menepuk bahu Iqram Zafril yang sudah ketawa besar.
“Jadi apa yang kau nak aku buat?”
Hakimi garu dagu. Dia memerhatikan adiknya yang masih rancak berbual. Sesekali adiknya ketawa. Dia sendiri masih lagi belum dapat memikirkan cara yang sesuai untuk menolong Iqram Zafril tika ini. Tapi dia pasti Iqram Zafril amat sesuai untuk adiknya dan dia tidak silap. Hidup adiknya pasti bahagia bersama Iqram Zafril.
“Kau tunggu sini.”
“Kau nak pergi mana?” kalut bila Hakimi berdiri tiba- tiba. Najmi dipaksa mengikutnya.
“Kau tunggu sini. Aku nak pergi jumpa diaorang jap.”
“Tapi….”
“Tunggu je!”
Hakimi dan Najmi berlalu. Iqram Zafril terasa panas punggung. Demi melihat muka ketiga- tiga mereka yang terkejut ditambah pula dengan wajah terperanjat Najmi, dia tahu Hakimi mengatakan sesuatu yang serius. Jihan Raysha sudah berdiri. Merah padam mukanya memerhatikan wajahnya.
“Betul ke ni Iq?” jeritan Natasha kedengaran.
Iqram Zafril terpingga tapi hanya mengangguk bila Hakimi mengarahkannya mengangguk kepala.
“Betul?” mamanya pula melaung.
Iqram Zafril mengangguk lagi. Terkejut bila Jihan Raysha sudah melangkah meninggalkan rumah. Najmi mengejar dari belakang. Dia terus berdiri. Apa yang sebenarnya berlaku?
“Apa ni?” dia bingung.
“Apa? Kenapa tak cakap dengan mama?” meluru Datin Zariah ke arahnya.
Iqram Zafril garu kepala.
“Apa ma?” dia bertambah bingung.
Hakimi tersengih sahaja.
“Apa kau cakap Kimi?”
“Boleh lagi tanya. Kau yang suruh Kimi cakap pada Isha…. kau akan hantar rombongan meminang nanti. Kau tanya lagi?” melenting Natasha.
“Hah?”
“Lain kali…. beritahu mama dulu. Terkejut mama. Tengok Isha dah lari,” terus Datin Zariah menggeleng kepala dan tersenyum.
“Kau ni pun satu. Tahulah nak surprise. Tapi tengok keadaanlah dik. Boleh kena heart attack akak tau,” sampuk Natasha.
“Saya dah cakap…. nantilah dulu baru beritahu. Dia dah tak sabar,” selamba Hakimi menyampuk.
“Kau gila!” terduduk Iqram Zafril. Buntu.
terima kasih kerana baca dan sabar menunggu (:
ditulis oleh
Imani Hatta
