Bab 27


terima kasih Encik Google

IQRAM ZAFRIL memeluk tubuh. Walaupun baru menunggu 10 minit, tetapi terasa lama pula. Pertama kali dia menunggu Jihan Raysha pulang dari kerja. Berdebar pula rasanya. Sepanjang mesyuarat tadi, dia asyik menghitung waktu. Tepat jam 5.50 dia terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Jihan Raysha akan pulang pada jam 6 petang. Sesekali dia membetulkan tali lehar yang dipakainya. Dia tersengih pula. Kebetulan hari ini mereka memakai baju kemeja sama warna. Dia juga memakai baju kemeja warna ungu. Tersenyum lebar dia tadi.

“Abang Iq.”

“Isha,” kelu untuk bersuara. Terkejut bila Jihan Raysha betul- betul berdiri di hadapannya.

“Dah lama abang Iq tunggu?”

Pantas Iqram Zafril menggeleng kepalanya.

“Isha dah makan?”

Jihan Raysha menggeleng kepalanya.

“Jom,” ajak Iqram Zafril terus bila melihat kelibat keretanya di hadapan pintu utama hotel.

“Nak makan tak?” soal Iqram Zafril sekali lagi. Pelik bila melihat Jihan Raysha hanya mendiamkan diri. Dia memandu perlahan- lahan kereta keluar dari kawasan Hotel Mega. Penat juga hari ini walaupun hanya bermesyuarat sahaja.

Jihan Raysha geleng kepala.

“Eh, tadi bukan kata tak makan lagi?”

Jihan Raysha angguk kepala pula.

“Isha sihat tak?”

Jihan Raysha angguk kepala sekali lagi.

“Kenapa ni Isha?”

Jihan Raysha geleng kepala.

“Abang Iq ada buat salah ke?”

Jihan Raysha geleng kepala.

terima kasih Encik Google

“Jadi kenapa tak cakap langsung dengan abang Iq ni?”

“Isha ada cakap kan tadi.”

“Kita pergi makan ye. Isha tu gastrik.”

“It’s okay abang Iq. Lagipun Isha tak sembahyang asar lagi. Nanti tak sempat,” ucap Jihan Raysha walaupun dia sebenarnya sudah menunaikan solat asar.

“Tak apa. Kita singgah masjid.”

Jihan Raysha geleng kepala.

“Isha kenapa ni?” gusar Iqram Zafril. 

“Abang Iq nak tanya sikit.”

“Apa dia?”

“Apa nama syarikat abang Iq tu?”

“Hah?” terkejut Iqram Zafril.

“Kenapa?”

Iqram Zafril geleng kepala.

“Apa abang Iq?”

“Syarikat MS Holding. Kenapa Isha tanya?”

“Kenapa abang Iq tak pernah beritahu Isha sebelum ni?” mencuka wajah Jihan Raysha.

“La…. Isha tak pernah tanya.”

“Abang Iq tak pernah cakap.”

“Kenapa abang Iq nak cakap kalau Isha tak tanya. Lagipun abang Iq ingatkan Isha tahu. Uncle Razlan tak pernah beritahu ke?”

Jihan Raysha geleng kepala.

“Dah sebab ni ke Isha marah abang Iq?”

“Abang Iq cakap… keluarga abang Iq buka syarikat kontraktor.”

“Lebih kurang kan Isha. Lagipun kalau abang Iq beritahu nama syarikat keluarga abang Iq dulu. Rasanya tak ada beza. Isha bukan kenal pun. Kalau nak dibandingkan dengan Hotel Mega… Keluarga abang Iq biasa je.”

“Isha tak sangka rupanya event yang Isha handle… dari syarikat abang Iq. Isha terkejut je.”

“Isha ke handle?” Iqram Zafril nampak terkejut.

Jihan Raysha mengangguk.

“Lepas nih… abang Iq pula nak join.

“Eh?”

“Ulang tahun syarikat Isha. Besar juga event ni,” balas Iqram Zafril. Serius sahaja wajahnya. 

“Isha terkejut abang Iq ni kaya juga.”

Iqram Zafril tersengih.

“Isha lagi kaya. Syarikat keluarga abang Iq tu biasa je.”

“Isha PR je. Mana kaya.”

“La… yang sibuk- sibuk siapa kaya lagi ni kenapa? Romeo dan Juliet sihat?”

Jihan Raysha mengangguk. Lebar terus senyumannya. Pantas dia mengambil telefon bimbitnya.

“Comel kan?”

Telefon bimbit Isha diambil. Pantas meneliti beberapa keping gambar yang ditangkap oleh Jihan Raysha.

“Ini paling comel. Bulat sangat mata,” terus telefon bimbit disua kembali kepada Jihan Raysha.

“Eeee….” merah padam wajah Jihan Raysha. 

Iqram Zafril melepas tawa. Terkejut juga dia melihat gambar Jihan Raysha yang menangkap gambarnya sendiri. Sempat lagi menunjukkan tanda peace.

“Nanti abang Iq nak semua gambar tu ye.”

“Mana boleh!”

“La… gambar hamster. Bukan gambar Isha. Nanti bagi handphone tu. Abang Iq kan papa diaorang. Jadi abang Iq nak tatap juga gambar ”

“Pandailah abang Iq tukar topik. Kita bercakap tentang syarikat abang Iq tadi.”

“Eh, tak habis lagi ke?”

Jihan Raysha geleng kepala.

“Isha tak suka tau orang tipu Isha.”

“Abang Iq tak tipu Isha. Betul. Memang syarikat MS Holding tu syarikat keluarga abang Iq. Arwah atuk yang buka. Sebab tu namanya MS.. sempena nama atuk sendiri, Megat Shaharuddin.”

“Dulu abang Iq beritahu lain.”

“La… Isha tak tanya. Abang Iq tak cakaplah. Jom kita pergi masjid dulu ye?”

Jihan Raysha geleng kepala.

“La… Isha tak sembahyang lagi. Tak baik lah…”

“Isha dah sembahyang tadi.”

“Hah!!”

“Apa? Jerit tiba- tiba nih!” terkejut Jihan Raysha.

“Siapa yang tipu siapa sekarang? Isha ke abang Iq? Tadi cakap tak sembahyang lagi.”

Jihan Raysha gigit bibir.

“Dah! Dah! Tak payah nak panjang cerita tentang syarikat keluarga abang Iq tu. Lagipun tu semua hasil titik peluh arwah atuk. Sekarang abang Iq cuma galas tanggungjawab untuk pastikan syarikat atuk terus berjaya, malah lebih berjaya. Macam Hotel Mega.”

“Lain kali abang Iq beritahulah…”

“Ye. Nanti abang Iq beritahu. Kita terus pergi makan ye? Lepas tu hantar Isha balik. Kita cari restaurant dekat dengan rumah Isha. Senang sikit. Abang Iq ingat sembahyang kat sana terus nanti.”

“Hah?”

“Kenapa terkejut?”

“Mana boleh. Kat Malaysia, Isha tak boleh ajak lelaki masuk rumah kalau dua orang.”

“Kalau kat London, Isha boleh bawa lah?” pancing Iqram Zafril.

Berkelip- kelip mata Jihan Raysha sebelum mengangguk.

“Siapa?”

“Ramai. Isha dah tak ingat.”

Iqram Zafril mengeluh. Hilang terus moodnya.

“Kenapa abang Iq?”

Iqram Zafril geleng kepala. Hatinya diburu tanda tanya. Dulu Sofiya ada memberitahu yang Jihan Raysha baru sahaja berpisah dengan bekas kekasihnya kerana perbezaan agama. Siapa tu ye? Pasti hubungan Jihan Raysha dan lelaki itu amat rapat. Pasti juga Yamin mengenali lelaki itu.

“Isha bagi abang Iq nombor telefon abang Amin.”

“Kenapa pula tiba- tiba minta?”

“Nak telefon. Nak berborak.”

Berkerut dahi Jihan Raysha sebelum mengangguk sahaja.

“Ingatkan abang Iq nanti tau,” pesannya lagi. Dia membuka radio. Pandangannya ditumpukan pada jalan yang semakin sesak, sama sesak dengan fikirannya kini. Dia diburu tanda tanya. Berat mulutnya hendak bertanya sendiri pada Jihan Raysha.




terima kasih kerana baca dan sabar menunggu (:

ditulis oleh
Imani Hatta


6 comments:

  1. hoho...adei...xsabar nk tunggu bile staf2 tau hubungan kimi ngan sha

    ReplyDelete
  2. ala pndeknyeeee..
    nak lagiiiiii....:D

    ReplyDelete
  3. alaa kali ni kenapa pendek sgt tak puaslah Imani...cite ni akan ke
    versi cetak juga ke? tak sabar nak beli dan dapat baca macam first novel
    Imani Cinta yg tak terucap tu. best tau citenya.

    ReplyDelete
  4. Bila nak smbung?????
    Lama tunggu..huhu

    ReplyDelete